Friday, September 20, 2013

[HOWTO] Root Huawei Ascend Y300 Tanpa Unlock Bootloader


Sebelum mula sila download Root Y300

  1. Pastikan Fast Boot telah dimatikan seperti gambar di bawah.
  2. Extract fail yang anda download tadi di desktop anda.
  3. Pindahkan fail "dload" ke dalam SDCard anda. 
  4. Matikan telefon anda, lepas itu tekan butang Power + Vol Up + Vol Down sekaligus. Dengan melakukan ini firmware anda akan dinaiktaraf (update). Tunggu sehingga selesai, nanti akan ada tanda tick hijau dan telefon anda akan reboot.
  5. Sekarang install unlockroot3.exe yang terdapat di dalam folder yang anda download tadi.
  6. Enable USB debugging pada Setting telefon anda dan sambungkan telefon anda pada komputer.
  7. Komputer anda akan mengenalpasti telefon anda sebagai CD drive.
  8. Klik pada CD Drive itu dan install Handset WinDriver.exe daripada /drivers/adb_driver/.
  9. Kemudian unlockroot akan mengenali telefon anda dan klik butang "ROOT" di sana. Klik "NO" apabila ia meminta untuk meng"install" Power Saver. Ia akan mengambil masa beberapa minit untuk siap dan Y300 anda akan reboot selepas itu.
  10. Selepas reboot anda akan melihat Superuser dipasang ke telefon anda.
  • Kadang-kadang anda mungkin menghadapi masalah yang pelik seperti kamera tidak berfungsi dan isu-isu warna pada skrin. Jika anda menghadapi apa-apa isu hanya klik pada install-windows.bat yang ada dalam folder Y300-Boot-B176 dan segalanya akan OK!
  • Langkah ini telah dicuba pada firmwares versi berikut: B164, B166, B169, B171, B173, B174, B175, B176, B177, B178, B181, B182, B190, B195

No comments:

Post a Comment